TUNJANG UTAMA PRASEKOLAH (KSPK)
Tunjang Komunikasi Tunjang Kreativiti & Estetika Tunjang Sains & Teknologi Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan Tunjang Ketrampilan Diri
PERHATIAN!
BLOG PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR UTARA 01 MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN KERANA GURU PRASEKOLAH SEDANG MEMPELBAGAIKAN IDEA DI SAMPING TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PROJEK SEKOLAH. HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.
SELAMAT DATANG KE BLOG SK LEPAR UTARA 01
BLOG INI DI URUSKAN OLEH:
CIKGU MOHD NOR ISKANDARIAH BIN ARIFIN

Ruang Bicara

Awal Bicara Seorang Pendidik

Assalamu'alaikum & Salam 1Malaysia..



Alhamdulillah kerana diberi kesedaran terhadap kepentingan ilmu berbanding harta.. Kesedaran inilah yang membuatkan penulis berminat untuk berkongsi segala maklumat pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan pembaca.. Merujuk satu kata-kata hikmah iaitu:


"..Andai kita memiliki harta, kita akan menjaga harta..
Andai kita memiliki ilmu, ilmu akan menjaga kita.."


Seringkas kata dan seribu makna didalamnya jika dihayati.. Itulah yang mendorong penulis untuk menjadi seorang pendidik.. Ilmu yang dipelajari jika diamalkan dan dihayati sambil berkongsi akan menjadi lebih cantik dan lebih sempurna.. Ilmu itu lebih luas dari lautan dunia.. Andai lautan itu sudah cukup luas namun ia berpenghujung.. Ilmu itu tiada penghujung dan Allah Pemilik Ilmu dan Dia Maha Luas PengetahuanNya..


Catatan Seorang Pendidik bakal dimuatkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pendidikan.. InsyaAllah penulis akan berkongsi tanpa ada rasa kedekut.. Hajat di hati ingin memiliki jiwa seperti Muhammad Bin Abdullah, Umar al-Khattab dan ramai lagi.. Imam Ghazali pernah berkata:


"..ilmu yang aku pelajari bukan untuk diriku seorang tetapi ilmu itu untuk seluruh umat.."


(sekadar itu yang diingati, jika salah sila berikan teguran dan perbetulkan).. Wallahu a'lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...