TUNJANG UTAMA PRASEKOLAH (KSPK)
Tunjang Komunikasi Tunjang Kreativiti & Estetika Tunjang Sains & Teknologi Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan Tunjang Ketrampilan Diri
PERHATIAN!
BLOG PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR UTARA 01 MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN KERANA GURU PRASEKOLAH SEDANG MEMPELBAGAIKAN IDEA DI SAMPING TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PROJEK SEKOLAH. HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.
SELAMAT DATANG KE BLOG SK LEPAR UTARA 01
BLOG INI DI URUSKAN OLEH:
CIKGU MOHD NOR ISKANDARIAH BIN ARIFIN

Ruang Bicara

Latar Belakang SKLU 01

Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru. Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut.

Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak peneroka, buruh ladang, kakitangan Felda dan Kilang Sawit Lepar Utara 4, guru-guru dan anggota polis. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Pejabat Felda Lepar Utara 1. Pada masa itu keadaan sekolah adalah dalam serba kekurangan di mana tiada kemudahan asas seperti air,  elektrik dan jalan perhubungan yang teruk. Melalui daya usaha penduduk serta guru, mereka telah bergotong-royong membina kerusi dan meja panjang untuk kegunaan murid-murid. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada bulan Julai 1985 di mana sekolah telah menerima bekalan perabot daripada JPNP. Bermula dengan 87 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 7 orang guru termasuk seorang Guru Besar, sekolah telah beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bilangan murid dan kakitangan telah bertambah dari setahun ke setahun hinggalah ke hari ini di mana jumlah murid ialah seramai 752 orang, 45 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 4 orang Pekerja Rendah Awam dan 2 orang Pengawal Keselamatan.

SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebig erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna.

Aktiviti ko-kurikulum juga berjalan dengan lancar di mana Sukan Tahunan kali Pertama dapat diadakan pada tahun 1988. Sungguhpun jauh di pedalaman sekolah ini telah berjaya melahirkan atlet yang berwibawa di mana pada tahun 1994 dan 1998 seorang pelajar telah mewakili negeri Pahang dalam sukan olahraga. Pada tahun 1998 seorang lagi pelajar telah mewakili negeri dalam sukan bola sepak. Kemudian pada tahun ini seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam sukan bola tampar perempuan. Dalam bidang akademik pula pencapaian terbaik sekolah dalam UPSR ialah pada tahun 2002 di mana seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A, dan peratus kelulusan tertinggi setakat ini ialah pada tahun 2005 iaitu 56.6%. Adalah diharapkan agar segala pencapaian dari sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pada masa ini sekolah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. 
   

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...