TUNJANG UTAMA PRASEKOLAH (KSPK)
Tunjang Komunikasi Tunjang Kreativiti & Estetika Tunjang Sains & Teknologi Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan Tunjang Ketrampilan Diri
PERHATIAN!
BLOG PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR UTARA 01 MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN KERANA GURU PRASEKOLAH SEDANG MEMPELBAGAIKAN IDEA DI SAMPING TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PROJEK SEKOLAH. HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.
SELAMAT DATANG KE BLOG SK LEPAR UTARA 01
BLOG INI DI URUSKAN OLEH:
CIKGU MOHD NOR ISKANDARIAH BIN ARIFIN

Ruang Bicara

Info Tentang Prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kaar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Orientasi Prasekolah 2011











Juru Foto: Puan Zairiah

RPH M1 - Orientasi Prasekolah


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA: MINGGU ORIENTASI
SUB TEMA: PENGENALAN PRASEKOLAH
TARIKH: 03.01.2011
HARI: ISNIN

Menerangkan peraturan-peraturan asas di kelas Prasekolah (8.00-10.00):
*     Menyusun kasut di tempat yang disediakan
*     Memberi salam kepada guru dan Pembantu Pengurusan Murid
*     Mematuhi peraturan di dalam kelas
*     Beratur sebelum makan dan semasa hendak pulang
*     Menerangkan kawasan larangan seperti dapur
*     Bersalam dengan guru dan PPM ketika dating dan pulang
*     Menerangkan peraturan semasa di tandas

REHAT (10.00-10.30)

Memperkenalkan persekitaran Prasekolah (10.30-11.50):
*     Ruang kelas
*     Ruang dapur
*     Ruang menonton televisyen
*     Ruang makan
*     Tandas/ bilik air
*     Ruang Bacaan
*     Taman permainan
*     Pondok

REFLEKSI (11.50-12.00)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA: MINGGU ORIENTASI
SUB TEMA: PERATURAN-PERATURAN DI PRASEKOLAH
TARIKH: 04.01.2011
HARI: SELASA

Memperkenalkan peraturan-peraturan di kelas Prasekolah (8.00-10.00):
*     Sebelum masuk kelas
*     Semasa di dalam kelas
*     Semasa rehat
*     Peraturan semasa makan
*     Semasa hendak ke tandas dan ketika di tandas
*     Adab dengan guru, PPM dan rakan-rakan
*     Semasa aktiviti luar dan permainan padang

REHAT (10.00-10.30)

Memperkenalkan diri (10.30-11.30):
*     Guru Prasekolah
*     Pembantu Pengurusan Murid
*     Murid-murid

Menerangkan aktiviti rutin (11.30-11.50):
*     Sebelum pulang
*     Semasa pulang
*     Ucapan “terima kasih” dan “selamat pulang”
*     Bacaan doa selesai belajar dan doa naik kenderaan

REFLEKSI (11.50-12.00)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA: MINGGU ORIENTASI
SUB TEMA: KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
TARIKH: 05.01.2011
HARI: RABU

Menerangkan ciri-ciri keselamatan di kelas Prasekolah (8.00-10.00):
*     Mematuhi arahan guru
*     Menjauhi peralatan yang tajam dan merbahaya
*     Elakkan dari berlari di lantai yang licin
*     Karpet getah sesuai digunakan untuk menjalankan aktiviti
*     Membuat laporan jika ada masalah
*     Elakkan dari memanjat di kawasan yang kurang selamat

REHAT (10.00-10.30)

Menerangkan amalan ciri keselamatan di kelas dan luar kelas (10.30-11.50):
*     Memakai stokin dan kasut ketika aktiviti luar
*     Memastikan kawasan yang dikunjungi adalah selamat
*     Berhati-hati semasa menjalankan aktiviti luar
*     Menimbulkan rasa selamat dan yakin diri
*     Menimbulkan rasa seronok di prasekolah
*     Menyesuaikan diri dengan suasana dan kawan-kawan baru
*     Memperkenalkan peralatan di taman permainan
*     Melihat peralatan yang terdapat di tempat bacaan

REFLEKSI (11.50-12.00)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA: MINGGU ORIENTASI
SUB TEMA: KEMUDAHAN DI PRASEKOLAH
TARIKH: 06.01.2011
HARI: KHAMIS

Menerangkan kemudahan kepada pelajar (8.00-10.00):
*     Penggunaan radio/kaset
*     Penggunaan televisyen
*     Penggunaan computer
*     Kemudahan ICT

REHAT (10.00-10.30)

Memperkenalkan kemudahan asas di Prasekolah (10.30-11.50):
*     Televisyen
*     Cakera padat
*     Alat permainan
*     Bahan bacaan
*     Sudut permainan
*     Papan tulis

REFLEKSI (11.50-12.00)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH

TEMA: MINGGU ORIENTASI
SUB TEMA: POTENSI DIRI
TARIKH: 07.01.2011
HARI: JUMAAT

Menilai kebolehan murid (8.00-10.00):
Meningkatkan keupayaan motor halus dan koordinasi mata tangan
*     Kenal huruf
*     Penulisan
*     Membaca
*     Kenal nombor
*     Mewarna

REHAT (10.00-10.30)

Kebolehan mendengar dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru (10.30-11.50):
*     Waktu makan
*     Lepas makan
*     Waktu berbaris
*     Waktu ke tandas
*     Rutin
*     Peraturan-peraturan lain

REFLEKSI (11.50-12.00)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...