TUNJANG UTAMA PRASEKOLAH (KSPK)
Tunjang Komunikasi Tunjang Kreativiti & Estetika Tunjang Sains & Teknologi Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Tunjang Kemanusiaan Tunjang Ketrampilan Diri
PERHATIAN!
BLOG PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LEPAR UTARA 01 MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN KERANA GURU PRASEKOLAH SEDANG MEMPELBAGAIKAN IDEA DI SAMPING TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PROJEK SEKOLAH. HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH.
SELAMAT DATANG KE BLOG SK LEPAR UTARA 01
BLOG INI DI URUSKAN OLEH:
CIKGU MOHD NOR ISKANDARIAH BIN ARIFIN

Ruang Bicara

Mesyuarat PEWARIS SKLU 01 (2011)

Alhamdulillah..

Segalanya berjalan lancar seperti apa yang telah diharapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru prasekolah dan Ibu Bapa yang sudi hadir untuk membincangkan pelbagai isu dan berkongsi idea bagi meningkatkan program sampingan untuk pelajar prasekolah SKLU 01.

Dalam mesyuarat yang diadakan, turut dilaksanakan adalah watikah perlantikan jawatankuasa baru bagi PEWARIS 2011. Saya juga berterima kasih kerana kepada semua kerana telah melantik saya sebagai Penolong Setiausaha bagi jawatankuasa PEWARIS 2011.

Sebagai salah seorang guru prasekolah yang baru di sini, saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama dari pihak ibu bapa atau penjaga kepada murid untuk memberi nafas baru dalam akademik kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik dalam memastikan kanak-kanak di sini mendapat pendidikan selari dengan perkembangan mereka dengan pendekatan "BELAJAR MELALUI BERMAIN".

Walaupun dalam masa yang sama saya mendapat panggilan dari doktor yang mengesahkan ayah saya terlibat dalam kemalangan sehingga retak tulang bahu dan bengkak pada bahagian mata dan beberapa bahagian anggota badan, namun ia tidak langsung menjejaskan perjalanan tugas saya sebagai guru. Saya juga akan menziarahi ayah (abah) saya beberapa hari lagi. Moga abah cepat sembuh. Aminnn..

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...